Thursday 24 March 2011

CARA MENGHILANGKAN BAU HAMIS SUSU KAMBING

Cara Pertama:


Sekali tengok macam soya dengan cincau. Nyummi...


  • Susu kambing dimasak bersama daun pandan.

Cara Kedua:

Hah, itu bukan lemon okey!
  • Susu kambing dimasak bersama halia.

Cara Ketiga:

Yang kayu tu namanya kayu manis. Yang lain dah tau sonyap2. Den bgtau kek orang yang tak tau
  • Boleh dimasak bersama kayu manis.
  • Atau tabur sahaja serbuk kayu manis di atas susu panas.

*Fakta susu kambing segar bagi keluarga kami
              mendapati :-
        a. Susu kambing pada hari panas:
              1. Keadaan dan rasa seperti santan kelapa (cair).
              2. Tidak rasa manis.
              3. Tidak berbau.
        b. Susu kambing pada hari selalu hujan:
              1. Susunya pekat
              2. Rasanya ada lemak manis
              3. Ada kesan minyak/lemak
              4. Dan ada bau hamis... ni yang sodap...
                  Hormon kambing kene lobih sebab kambing nak panaskan badannya
                  kot...
                  Oleh itu....                         
                                FIKIR-FIKIRKAN LAH...

Saturday 19 March 2011

MAKANAN SUNNAH YANG DILUPAKAN - CUKA/KHAL TAMAR

Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.

1. Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.

Pada era peradaban kristian, khal diguna sebagai perasa tambahan dalam makanan, minuman penambah tenaga, dan sebagai ubat-ubatan, seperti tercatat dalam bible perjanjian lama.

Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.

2. Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai 'posca', dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.

Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal
juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.

3. Penggunaan Luarbiasa Khal

(Cuka ini ada dijual di kedai kami)

Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.

Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.

Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.

Friday 18 March 2011

MAKANAN SUNNAH YANG DILUPAKAN - SUSU KAMBING SEGAR (SHAMI) - RM 7.00 (300 ml)

Apo pandang-pandang yo? Maielah ramai-ramai minum susu den.

  

a. Mudah Dihadam
Susu Kambing mempunyai molekul protein yang sangat halus dan mudah larut, lembut, dan mudah hadam berbanding susu lembu. Sangat baik untuk semua peringkat umur terutamanya bagi yang mempunyai masalah penghadaman dan malahan mampu bertindak menyingkirkan lebihan asid dalam perut.

b. Alahan Laktosa
Kandungan laktosa dalam susu kambing 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Bagi kanak-kanak mahupun dewasa yang mempunyai masalah penghadaman dan alahan pada susu lembu adalah lebih baik bertukar kepada susu kambing. Sifat susu kambing mudah dihadam dan zarahnya yang halus membolehkan laktosa boleh melalui sepanjang usus kecil dan usus besar tanpa dengan lancar.

c. Bersifat Alkali
Pengambilan susu kambing yang kerap tidak akan membentuk asid dalam darah kerana susu kambing bersifat alkali malah pengambilan susu kambing yang berkala mampu meneutralkan kandungan asid yang berlebihan dalam darah. Darah yang berasidik akan menyebabkan gejala seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sakit-sakit sendi, masalah metabolism tubuh terutamanya tekana darah tinggi.

d. Banyak Asid Lemak yang baik
Kandungan asid capric dan asid caprylic mampu mencegah jangkitan kulat terutama pada organ kulit. Asid lemak yang baik ini juga mampu membina sistem imun dan antibodi tubuh sekaligus memastikan metabolism tubuh berada dalam keadaan yang baik.

e. Kaya dengan Mineral Selenium
Mineral Selenium dalam susu kambing bertindak mengukuhkan sistem imunisasi dan antibodi juga sebagai bahan antioksida. Mineral ini juga melawan serangan virus dan mencegahnya daripada membiak.

f. Kaya Bahan Sodium Bioorganik
Sodium Bioorganik dalam susu kambing sangat baik dalam perawatan naturopathic dan berfungsi sebagai elemen anti penuaan. Sangat berkesan pada masalah Rheumatoid arthritis (radang sendi)


 
 

Susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu malah ia lebih berkhasiat berbanding susu lembu. Namun begitu masih ramai yang tidak mengambil berat akan kebaikan susu kambing malah ada yang tidak mahu meminumnya kononya tidak tahan bau hamis pada susu kambing. Istimewanya susu kambing kerana ia tidak mengandungi beta-lactoglobulin di mana kandungan ini menjadi pemangkin kepada masalah alahan seperti masalah berkaitan paru-paru, alahan pada kulit, gangguan pada usus dan pelbagai infeksi radang.

Rantaian asid lemak dalam susu kambing lebih pendek dan tidak mengandungi agglutinin (senyawa yang menjadikan molekul lemak berkumpul) berbanding dengan susu lembu, menjadikan susu kambing lebih mudah diserap cernakan oleh usus. Protein di dalam susu kambing merangkumi 22 jenis asid amino termasuk 8 jenis Asid Amino Essential (isoleusin, leusin dan fenilalanin). Asid Amino Essential ini perlu kerana ia merupakan senyawa penting pembentuk sejumlah senyawa hormone dan jaringan fisiologi tubuh.

Pengambilan susu kambing secara berterusan terutamanya bagi kanak-kanak akan membentuk tulang yang sihat, meningkatkan kadar hemoglobin, membekalkan vitamin A, B1, B2 dan B3 bagi pertumbuhan dan perkembangan sel otak dan saraf. Asid amino dalam susu kambing juga mampu berperanan dalam pembentukan sel darah penawar racun (detokfikasi) terhadap bahan yang masuk ke dalam badan mengandungi bahan kimia berbahaya.

Kalsium dan Fosforus semulajadi di dalam susu kambing bersatu menjadi satu komponen utama yang kompleks dalam pembentukan struktur dan kekuatan tulang. Tulang yang sihat bererti kandungan kalsiumnya juga berada dalam keadaan yang cukup. Jika berlaku kekurangan kalsium pada mana-mana bahagian tubuh yang lain, tulang akan ‘menyumbangkan’ zat kalsiumnya bagi menampung kekurang zat kalsium yang diperlukan. Jika penyumbangan ini berlaku secara berterusan tanpa berlaku penambahan semula kalsium pada tulang, lama-kelamaan akan mengalami masalah kerapuhan dan masalah rawan menipis (sakit sendi). Tulang yang sihat bermakna sistem tubuh juga akan sihat kerana tulang memainkan peranan yang besar terhadap fisiologi tubuh.
 
  • Zink (Zn) – membentuk sistem imun tubuh
  • Gabungan Flourin dan Beta Kasein – Masalah yang berkaitan paru-paru dan pembentukan sistem antibodi
  • Gabungan Silikon dan Florine membantu mempertingkatkan fungsi pankreas bagi mengawal penyakit diabetis.
  • Betakasein, Asid Amino Esential – Meningkatkan insulin berguna bagi penghidap diabetes
  • Cynokobalamin berperanan dalam membentuk zat hemoglobin bagi masalah berkaitan darah.
  • Kalium (K) berguna bagi penderita Arteriosclerosis, Tekanan Darah Tinggi maupun Darah Rendah
  • Kalsium melindungi sel-sel usus besar daripada risiko kanser akibat daripada zat kimia yang pernah melaluinya, mencegah masalah rapuh tulang akibat daripada masalah monopos atau radang sendi, migrain, juga masalah senggugut.
  • Enzim Xanthine Oksidase dan Niasin (Vit B3)berfungsi mengatasi sel kanser/Tumor dan mengurangi kesan akibat proses kimoterapi.
  • Kandungan MCT (Medium Chain Trygliseride) berguna bagi program diet dan penyembuhan akibat stroke
  • Kaya dengan lactoglobulin penahan protein penyebab alahan.
  • Mengandungi mineral, sulfer metionin, riboflavin (Vit B2)dan B3 yang mengawal pertumbuhan dan perkembangan sel otak serta sistem saraf bagi kecerdasan anak.
  • Lactoferrin (LF), lactoperoxidase, lysozyme dan peptide dapat meningkatkan aktiviti CD4 dan sel T sebagai pembentuk sistem kekebalan tubuh bagi pesakit infeksi virus HIV
  • Riboflavin (Vit B2) merawat masalah migrain, asma, ekzema, masalah perut berangin, imsomnia dan demam kuning.
  • Kandungan Potassium dan Kalsium yang tinggi dan rendah Sodium membentuk tekanan darah dan mengawal fungsi hati yang normal.

GAMAT BOOSTEGEN - RM 88.00

 
1.Ekstrak Gamat
Dari gamat emas (Stichopus Hermani) mengandungi banyak khasiat nutrisi semulajadi termasuk protein laut,asid lemak,anti-oksida dan mineral.Kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan menunjukkan ekstrak gamat emas mengandungi agen menyembuh luka dan mampu meredakan kesakitan.Gamat juga telah digunakan sebagai rawatan untuk menyembuhkan luka,merawat masalah pernafasan,sakit sendi,pedih ulu hati,ulser dan mengecutkan rahim selepas bersalin.

2.Spirulina

Mengandugi khasiat gabungan nutrien semulajadi seperti protein,asid amino,zat besi,magnesium,mineral,vitamin B12 dan B-kompleks serta lain-lain vitamin yang penting untuk kesihatan spirulina juga merupakan bahan anti-oksida yang membantu sistem penghadaman serta membersih dan menyah toksin dalam badan.Ia merupakan makanan beralkali yang membantu mengimbangi kandungan alkali dalam badan serta menigkatkan ketahanan badan terhadap penyakit

3.L-Arginin

Adalah protein asid amino yang mampu merangsang penghasilan hormon untuk pertumbuhan yang diperlukan untuk fungsi badan yang normal serta membantu proses penyembuhan.Ia juga dikatakan dapat membantu mengyingkirkan toksik ammonia dari dalam badan dan dipercayai membantu mengatasi masalah kesuburan pada lelaki.

4.Chlorella

Merupakan alga air tawar yang mengandungi protein yang tinggi,kandungan klorofil yang tinggi,beta karotina,asid amino dan asid lemak yang penting untuk tubuh,vitamin dan mineral.Sebagai makanan tambahan yang membekalkan tenaga,dan selalu digunakan untuk meningkatkan ketahanan badan,membantu mengimbangi kandungan bakteria di dalam usus,menurunkan kadar kolestrol dalam badan ,mengurangkan tekanan,asma dan sembelit.Penyilidik di Jepun mempercayai chlorella mengandungi anti-tumor yang membantu menyingkirkan partikal radioaktif dalam badan selepas rawatan radiasi.

5.Fish Oil Emulsion

Mengandungi lemak tidak tepu yang tinggi (asid lemak omega 3) iaitu suplemen yang terkenal dalam membantu peredaran darah ke hati dan otak.Ia dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung,asid omega 3 juga dikatakan dapat membantu merendahkan tekanan darah dan menjadikan dinding arteri lebih fleksibel.

Thursday 17 March 2011

FRUITY GAMAT JELLY - RM 63.00

1.Ekstrak Gamat
Dari gamat emas (Stichopus Hermani) mengandungi banyak khasiat nutrisi semulajadi termasuk protein laut,asid lemak,anti-oksida dan mineral.Kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan menunjukkan ekstrak gamat emas mengandungi agen penyembuh luka dan mampu meredakan kesakitan.Gamat juga telah digunakan sebagai rawatan untuk menyembukan luka,merawat masalah pernafasan,sakit sendi,pedih ulu hati,ulser dan mengecutkan Rahim selepas bersalin.

2.Tourine
Merupakan asid amino yang penting untuk pertumbuhan sistem saraf pada badan dan otak manusia.Ia merupakan vitamin larut lemak yang dapat mengawal kadar denyutan jantung,aktiviti sel otak,dan kadar penghasilan serum kolestrol.Ia juga membantu mencegah ketidak upayaan minda dan masalah penglihatan.Selain itu,tourine juga digunakan sebagai minuman tenaga yang membantu memperbaiki fungsi minda.
3.Beta Karotin
Disintesiskan dari dalam tumbuhan.Ia merupakan anti-oksida yang dapat meningkatkan imunisasi dalam badan sementara memperlahankan proses penuaan.Vitamin A merupakan sumber Beta Karotin yang membantu mencegah rabun malam,mengurangkan risiko dijangkiti katarak,penyakit kulit,selesema dan jangkitan penyakit yang lain-lain.
4.Kolagen
Membekalkan protein yang penting untuk pertumbuhan semula tisu-tisu yang menghubungkan otot dan sendi di dalam badan.Ia baik untuk mengurangkan kesakitan disebabkan Arthritis (penyakit sendi).Ia juga membantu meningkatkan kesihatan kuku,rambut dan kulit.

NUTRI GAMAT JELLY - RM 54.00

1.Ekstrak Gamat

Dari gamat emas (Stichopus Hermani) mengandungi banyak khasiat nutrisi semulajadi termasuk protein laut, asid lemak, anti-oksida dan mineral. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan menunjukkan ekstrak gamat emas mengandungi agen penyembuh luka dan mampu meredakan kesakitan. Gamat juga telah digunakan sebagai rawatan untuk menyembukan luka, merawat masalah pernafasan,sakit sendi,pedih ulu hati,ulser dan mengecutkan rahim selepas bersalin.


2.Aloe Vera
Mengandungi vitamin B12 dan mineral dari sumber semulajadi yang sangat penting untuk proses peningkatan sisten imunisasi dalam badan.Kajian menunjukkan aloe vera mengandungi bahan anti-radang,anti-bakteria dan penyembuh luka.Disamping itu aloe vera dapat membantu melancarkan proses penghadaman serta membantu meringankan kesakitan akibat pedih hulu hati dan buasir.

SRIKANDI - RM 49.00

Secara semulajadinya wanita akan mengalami kehilangan banyak tenaga serta perubahan keseimbangan hormon kerana kedatangan haid dan melahirkan anak.

Bahkan sistem peranakan, kenikmatan hubungan suami isteri, peredaran haid dan juga kesegaran tubuh akan terjejas disebabkan oleh peningkatan usia dan kegagalan wanita menyelengara tubuh dengan zat serta makanan tambahan.

Ini sebabnya kami di Sirehemas membangun dan mengeluarkan Srikandi.

Srikandi berfungsi untuk membekal zat makanan yang diperlukan oleh sel tubuh yang tidak cukup diperolehi hanya dengan mengambil sumber makanan biasa. Srikandi adalah binaan phyto-nutrient pelbagai khasiat mineral, vitamin, enzim, antioksidan, ko-nutrient, immune factor, pengimbang hormone dan sumber tenaga yang amat penting kepada tubuh dari herba semulajdi terpilih dan terbaik di dunia.

Ini menjadikan Srikandi adalah jamu modern dengan rumusan terbaik untuk diambil oleh setiap wanita.
Srikandi mengandungi 9 herba terbaik di dunia dan kolagen

Khasiat pati asli dan semulajadi dari 9 herba terbaik dunia dan kolagen untuk wanita, dirumus secara saintifik dan bioteknologi khusus sebagai minuman supplemen wanita yang tangkas dan cergas hebat bak srikandi.

Pati asli dan semulajadi…

  • menyerlah keayuan diri dan keperibadian wanita sensasi
  • Badan lesu
  • Cepat penat
  • Hilang keghairahan
  • Payu dara kecil dan kendur
  • Keputihan
  • Masalah Peranakan
  • Sakit dan ngilu di sendi
  • Haid tidak teratur
  • Menopaus
  • Pre-menopaus
  • Obesiti
  • Kulit Kusam dan Kering
  • Angin
  • Tidur terganggu .


KHASIAT 9 HERBA TERBAIK DI DUNIA


  1. KURMA Phonex dactylifera
Asal : Timur Tengah
Kurma merupakan “Bread of Desert” selain rasanya manis dan tahan lama, juga mempunyai banyak khasiat dan menjadi makanan utama dan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Kajian Saintifik dan bukti dari nas Al-Quran serta hadith
BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001… Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, FSMB, UPM “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma dapat mengelakan masalah jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”.
Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga. Antara riwaat, hadith dan Nas Al Quran kelebihan kurma,
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
 
2. Jintan Hitam Nigella Sativa
 
Asal : Mediterranean dan kawasan beriklim gurun
Banyak ahli perubatan moden membuat kajian saintifik dan mendapati ianya merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang sangat cepat memberi kesan untuk merintang penyakit.
Menurut Ilmuan Islam dan Hadith pula ; “ Ibnu Sina didalam bukunya Canon or Medicine menyatakan HABBATUS SAUDA merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan HABBATUS SAUDA berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. bahwa ia pernah mendengar Nabi s.a.w bersababda yang artinya: “Sungguh dalam habbatus sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali as-sam.” Saya bertanya, “Apakah as-sam itu?” Beliau menjawab, “Kematian”
 
3. Sirih, Piper Betel
 
Asal : Negara Asean, India dan Bangladesh
Bahan aktif herba sirih banyak diperolehi dari daunnya dan dikelaskan sebagai bahan allylbenzene. Secara kajian saintifik yang mendalam ia terdiri dari chavibetol, chavicol, estragole, eugenol, methyl eugenol dan hydroxycatechol . Bahkan ia mengandungi banyak lagi komponen aktif perubatan yang sangat berguna kepada tubuh antaranya seperti p-cymene, terpinene, eucalyptol and carvacrol. Ia juga sumber antioksidan yang bagus dan antiseptic semulajadi. Khasiat dari komponen aktif diguna untuk perubatan Ayuverdic (India) dan perubatan tradisional di Asia Tenggara termasuk Malaysia seperti migraine, luka, bengkak, cacing, sakit kulit, kembung dan banyak lagi. Paling utama ia banyak diguna untuk merawat masalah wanita lepas bersalin, keputihan, peranakan dan pembersih femina.
 
4. Kwao Krua ; Pueraria mirifica Airy Shaw

Asal : Pendalaman Utara dan Tenggara Thailand dan Myanmar
Kwao Krua putih khusus diguna untuk wanita, mengandungi sumber hormon semulajadi phytoestrogen dan Kwao Krua Merah mengandungi aldosterone (lelaki). Merupakan herba telah lama diguna dalam perubatan tradisional di Thailand dan Asia Tenggara. Saintis menemui komponen aktif seperti Miroestrol, Deoxymiroestrol, Daidzein, Genistein, Stigmasterol, Coumestrol, Mirificoumestan, Kwakhurin,
Mirificine dan komponen aktif perubatan lain dalam herba ini. Banyak kajian saintifik yang mengakui bahawa phytoastrogen P. mirifica ini sangat berkesan untuk menjadi pengimbang hormone wanita terutamanya peredaran haid (menstruation cycles) dan melambatkan menopaus disamping menganjalkan dan meneggangkan payudara. Ia juga mempunyai sifat antikanser, meningkatkan keupayaan seks dan mampu menghitamkan rambut uban,
 
5. Mas Cotek Ficus Deltoidea.

Other Names:- Serapat, sempit-sempit, agoluran (Sabah)


Asal : Asean dan kawasan hutan hujan tropika
Mas Cotek tumbuh subur dan banyak di hutan hujan tropika di Malaysia. Diakui kerana ciri-ciri perubatannya membantu memulihkan organ peranakan dan rawatan kesuburan wanita. Kajian saintifik di MARDI dan Universiti Malaya menyatakan Mas Cotek mengandungi 5 komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh manusia iaitu flavanoid, tannins, tritopnoids, proanthocyanins dan phenols. Komponen ini penting membantu meningkatkan memori. Mas Cotek turut membantu keberkesanan vitamin C dalam mengawal nitric oxide dan peredaran darah. Ia turut berupaya melindungi jantung dalam 3 cara iaitu mengelak pembekuan darah, mengawal LDL (cholesterol) oxygenation dan menggurangkan tekanan darah. Sangat popular diguna sebagai minuman tenaga untuk wanita lepas bersalin, memperbaiki peredaran darah dan untuk meningkatkan serta mengembalikan kegairahan hubungan suami isteri.
 
6. Serapat , Parameria laevigata (A.L. Juss.)

Asal : Asia Tenggara
Malaysia: Akar serapat puteh, akar gerip puteh, akar serau; kayu rapat
Akar Serapat ini tumbuh subur dan meliar di Hutan Hujan Tropika. Kajian saintifik di Intitusi penyelidikan dan Universiti tempatan mendapati akar Serapat ini kaya dengan bahan aktif seperti phytoastrogen, tannin dan antioksidan yang sangat diperlukan oleh wanita dewasa. Ia sering digunakan secara traditional dengan digabungkan bersama herba lain untuk ramuan jamu bagi membantu menguatkan otot rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan wanita.
 
7. Kacip fatimah, Labisia pumila

Asal : Indonesia, Malaysia, Thailand dan Myanmar
Kacip Fatima telah diguna oleh ibu-ibu untuk dijadikan minuman bagi mengembalikan kekuatan peranakan selepas melahirkan anak. Ia membantu menguatkan uterus, otot abdominal dan mengimbangi hormone untuk kesuburan dan kenikmatan sensual. Aktiviti biologika phytoesrogen ini juga membantu membersih dan mengelak kesakitan waktu kedatangan haid selain menguatkan otot vagina wanita. Kajian makmal UTM dan Dongguk Univ, Korea membuktikan ia membantu meningkatkan penghasilan kolagen di tisu kulit dan kandungan anti-oksidant yang tinggi. Pengambilan yang kerap juga membantu meningkatkan metabolism dan membentuk otot abdominal yang lebih kuat dan menurunkan berat badan.
 

8. Manjakani, Quercus infectoria

Asal : Allepo, Syria dan Timur Tengah
Ia berasal dari kutil metamorfosis dedaun quercus infectoria yang mengandungi cynips gallaetinctoria. Telah diguna dalam perubatan Parsi semenjak 2725 SM antaranya untuk rawatan vaginal, sakit tekak, ulcer dan masalah kulit. Kajian saintifik mendapati ia kaya dengan tannin, vitamin A dan C, kalsium dan asid gallic, serat tinggi, protein dan karbohiderat. Ia juga mempunyai sifat anti-mikrobial, anti-oksidan, dan anti-radang. Disebabkan ciri-ciri perubatan ini, ia telah menjadi bahan utama dalam produk anti-penuaan dan anti kanser payudara dan servix (anti-oksidan), kawalan diabetes (gallic acid), menghalang bacteria, yis dan fungus (sifat astringent), menguatkan otot vagina (tannins) dan sistem pencernaan (fiber).
 
9. Kudzu, Pueraria lobata

Asal : Jepun dikenali sebagai Kudzu (クズ).
Kudzu atau P. Lobata berasal dari Negara Jepun dan telah diguna sebagai makanan untuk ternakan dan rawatan tanah di Missouri, USA pada awal tahun 90an. Kajian di Sekolah Perubatan Harvard mendapati ia sesuai diguna untuk merawat masalah ketagihan alcohol. Secara saintifik ia didapati amat kaya dengan isoflavones, daidzein ( anti-inflammatory dan agen antimicrobial). Daidzin adalah antileukimia. Ia juga sumber kepada isoflavone puerarin dan serotonin, GABA, dan glutamate yang diguna untuk merawat migraine, pening kepala, alahan dan cirit birit. Kajian lain mendapati ia amat penting untuk rawatan masalah wanita postmenopausal symptoms, seperti hypertension dan diabetes kelas II.

10. Kolagen
Sumber : Ikan Merah Laut Dalam
Kolagen merupakan struktur protein yang komplek untuk membekalkan bahan binaan utama pertumbuhan, pembaikan dan penyelenggaraan kulit, ligament, tulang, kuku serta rambut. Ia kaya dengan pati asid amino dan protein yang menyambungkan tisu. Ia juga 75% dari keseluruhan kulit kita dan amat penting untuk menentukan keanjalan, kelembutan dan bentuk kulit. Kekurangannya menyebabkan kulit berkedut dan kendur. Bermula pada usia 25-35 tahun dan ke atas, tubuh akan kehilangan kolagen pada kadar 1.5% setahun. Oleh itu pengambilan kolagen sebagai makanan tambahan amat perlu untuk membantu kulit menjadi lebih tegang, anjal dan segar. Ini menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan sihat disamping tanda garis penuaan dan kedutan semakin berkurangan.
 
(Produk ini boleh didapati di Al Birru Enterprise)


 





 

XANZWHITE KOSMESEUTICAL - RM 139.00

Kecantikan yang dicetuskan menerusi sains..
• Berkesan untuk mencerahkan kulit
• Memperbaiki struktur dan warna kulit yang kusam dan tidak sekata
• Mengatasi masalah hiper-pigmentasi seperti melasma, jeragat dan tompok gelap.
• Menjadikan kulit halus, sihat dan subur
• Perlindungan sinaran UV dan radikal bebas
• Anti-keradangan
• Mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit.
 
1 Set XANZWHITE Kosmeseutikal mengandungi:- i.  Clarifying Cleanser
ii.  Refreshing Lotion
iii. Multiaction Tratment Cream
iv. Lightening Fluid with SPF15
 
CLARIFYING CLEANSER
Membersih serta menanggalkan kotoran dan solekan sekaligus menyerlahkan kulit agar lebih bersig, segar dan lembut disamping mengecutkan saiz pori-pori kulit, Bioaktif TL041 bertindak menjerap di permukaan kulit yang terdiri dari sel-sel mati, untuk mempercepatkan proses pengantian sel muda,

REFRESHING LOTION
Mengekalkan imbangan lembapan semulajadi, kesegaran, pH, dan memelihara kulit dengan antioksida yang berupaya melindungi kulit daripada bahan radikal bebas. KOmposisi Bioaktif TL041 menjerap ke sel-sel kulit yang mempunyai parut dan pigmentasi yang tidak rata.

MULTI ACTION TREATMENT CREAM
Losyen bergel dirumus khas bagi mengembalikan dan mencerahkan kulit secara semulajadi yang mengandungi seratus peratus herba dan bebas daripada bahan kimia. Proses pertukaran dan hayat sel kulit manusia adalah diantara 28 hinga 40 hari proses regenerate dan retreatement sel-sel kulit diketahui banyak berlaku secara semulajadinya pada waktu malam. Untuk krim rawatan ini kandungan Bioaktif TL041 adalah yang tertinggi sekali untuk memberikan kesan yang terbaik waktu proses regenerate dan retreatment berjalan. Kesan ini dapat dirasakan, apabila bngun pada keesokan padi pengguna akan mendapati kehalusan dan kelembutan kulit adalah berbeza berbanding siang sebelumnya.

LIGHTHENING FLUID with SPF15
Diformulasi bagi melindungi kulit dari sinaran matahari UV matahari diperkaya dengan SPF 15 (Sun Protection Factor) selain bertindak sebagai mengekalkan lembapan kulit yang berkekalan. Waktu ini Bioaktif TL041 dengan komposisinya bertindak memperlahan dan menghalang pembentukan melanin yang mempengaruhi pigmentasi kulit.

Berhati-hati dengan kesan sampingan produk kecantikan masa kini!
Bebas mercuri, hidrokuinon dan bahan bahaya lain
Cosmetic dari penyelidikan, menggunakan bahan herba tempatan-halia
Melalui penyelidikan / R&D melibatkan kos jutaan ringgit
Jom ketahui bagaimana XANZWHITEdihasilkan.
Apa tunggu lagi, gunalah XANZWHITE.. bukan yang lain!

LAGI INFO TENTANG XANZWHITE & CARA MENGGUNAKANNYA
Apa itu Kosmeseutical? Kosmeseutikal, satu inovasi dalam industri kecantikan negara gabungan dari kosmetik dan farmeseutikal/ terapeutikal. Penemuan ini pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia setelah lama melalui kajian makmal dan penyelidikan oleh para saintis dari SIRIM.Bersandarkan kekuatan hasil penemuan saintifik, produk yang mengandungi Bioaktif TL041 telah dipatenkan dan dinamakan sebagai Kosmeseutikal Xanzwhite.

Xanzwhite inovasi terkini dalam bidang kecantikan Xanzwhite merupakan satu penemuan baru dan inovatif dalam industri kecantikan Negara yang telah diperkenalkan dipasaran. Ia terhasil dari kajian saintifik menggunakan kaedah bioteknologi yang termoden oleh sekumpulan saintis, jurutera dan pakar penyelidik tempatan yang penuh dedikasi dan optimis untuk menghasilkan produk yang bermutu dan selamat di pasaran. Setelah hampir empat tahun produk dikaji secara mendalam dan penuh teliti terhasillah Xanzwhite Kosmeseutikal series ini. Produk ini bukan sahaja lain dan unik berbanding produk-produk yang ada dipasaran, bahkan ia terlalu istimewa unutk diperbandingkan dengan yang lainnya.
XANZWHITE  selamat. Selain memperkenalkan kaedah KOSMESEUTIKAL iaitu gabungan kosmetik dan terapeutik dalam mencerahkan kulit, ia juga bertindak hebat dengan cara yang selamat iaitu merencat aktiviti enzim tyrosinase yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan melanin di sel kulit. Melanin merupakan bahan aktif di kulit yang terhasil akibat pendedahan kepada cahaya yang berlebihan dan ini menentukan kecerahan kulit seseorang. Keberkesanan produk ini juga telah dibuktikan melalui penyelidikan dan ujian secara in vitro dan in vivo dan memberi keputusan yang sangat positif seperti yang dikehendaki. Bahkan juga produk berasaskan bahan neutral ini tidak memberi sebarang kesan sampingan dan selamat untuk diguna oleh semua. Ia tidak mengandungi bahan-bahan bahaya dan toksik seperti Hidrokinon, SLS, Sulfur atau Kojjic Asid yang meninggalkan kesan sampingan dan mudarat kepada pengguna. Tidak juga mengandungi bahan-bahan hasil dari haiwan seperti placenta dan gelatin yang diragui kebersihannya.


Keberkesanan Kosmeseutikal
XANZWHITE
Diketahui umum proses penggantian atau hayat sel kulit adalah hanya dalam tempoh 28-40 hari sahaja, dan proses yang dikenali sebagai premature skin ini amat banyak berlaku waktu diri kita berehat tidur di waktu malam. Sementara proses pertukaran warna kulit pula kepada lebih gelap disebabkan terdedah kepada cahaya matahari adalah dalam tempoh 48 jam selepas terkena sinaran UV atau cahaya. Oleh itu Kosmeseutikal
Xanzwhite telah dibuat khusus untuk mertindak dengan cemerlang berdasarkan sifat dan proses semulajadi kulit dengan cara yang tidak mnyakitkan atau menyebabkan kecederaan serta kerosakan kepada struktur kulit. Perubahan demi perubahan kepada struktur kulit dapat dilihat dan dirasa selepas satu minggu penggunaan, kesan terbaik dapat dilihat biasanya minggu keenam. Pembentukan kulit yang lebih lembut, tekstur yang seragam, tone warna lebih cerah, pori-pori lebih halus dan tegang adalah diantara hasil dari keberkenasanan Kosmeseutikal Xanzwhite. Namun tempoh sebenar keberkesanan adalah amat bergantung kepada jenis kulit penguna dan juga kaedah pemakaian produk ini.


Pengguna Produk Pengelupasan atau Pelunturan.
Pengguna yang sebelumnya menggunakan produk kosmetik yang menyebabkan pengelupasan atau pelunturan adalah dinasihatkan untuk BERHENTI dalam tempoh sekurang-kurangnya satu minggu sebelum mengunakan produk Kosmeseutikal Xanzwhite.

Cara Penggunaan Yang Berkesan Kosmeseutikal
XANZWHITE
Untuk memastikan keberkesanan proses pencerahan kulit, tidak boleh dicampurkan dengan bahan-bahan kosmetik pemutihan atau pencerahan lain disebabkan setiap produk Xanzwhite
mengandungi komposisi Bioaktif TL041 yang berlainan. Sapuan yang nipis, rata dan sekata akan memberi kesan yang lebih baik.

Kulit Bermasalah
Kepada kulit bermasalah seperti, kesan melecur hidrokuinon, berminyak, jerawat, berparut dan tone tidak sekata dijangkakan akan memberi sedikit tindakbalas pretreatment kepada melanin pada peringkat awal penggunaan. Namun kesan ini biasanya hanya pada awal penggunaan sahaja, penggunaan yang berterusan akan memberi kesan yang baik untuk kulit.

Cara Penggunaan
Dinasihatkan untuk diguna di kawasan muka serta leher.

Bahan dan Kesan Sampingan
Ini adalah produk sediaan secara semulajadi berasaskan air, bebas minyak, alcohol, bahan kimia dan bahan-bahan daripada haiwan. Tiada kesan tindakbalas sampingan bagi penggunaan Kosmeseutikal Xanzwhite.

Keberkesanan Kosmeseutikal
XANZWHITE
Perubahan demi perubahan kepada struktur kulit dapat dilihat dan dirasa selepas satu minggu penggunaan, kesan terbaik dapat dilihat biasanya pada minggu ke enam. Pembentukan kulit yang lebih lembut, tekstur yang seragam, tone warna lebih cerah, pori-pori lebih halis dan tegang adalah di antara hasil dari keberkesanan Kosmesuetikal Xanzwhite
, Namun demikian tempoh sebenar keberkesanan adalah amat bergantung kepada jenis kulit pengguna dan juga kaedah pemakaian produk ini.

Ujian Praklinikal dan makmal.
Ujian keberkesanan telah dilakukan secara in vivo dan in vitro dengan menggunakan pengguna terdiri lebih dari 100 orang pengguna dari pelbagai latarbelakang berbeza dari sudut usia, jenis kulit, jantina dan juga pekerjaan dalam tempoh 4 tahun kajian. Melalui ujian –ujian praklinikal dan ujian makmal yang dilakukan terhadap kulit mereka didapati memberkan keputusan positif yang cemerlang dengan Xanzwhite, dimana lebih 90% daripada mereka memberikan keputusan yangs angat dikehendaki. Selebihnya memberikan keputusan yang dianggap baik tetapi tidak mencapai kehendak kajian disebabkan kesalahan penggunaan, kerosak yang terlalu kritikal oleh hidrokuinon dan juga tidak menepati jadual pemeriksaan makmal.

Pengguna
Tiada halangan untuk penggunaan disemua peringkat usia dan juga ibu mengandung, sebaik-baiknya dimulakan ketika usia remaja.


 (Ini juga boleh didapati di Al Birru Enterprise)

SRI PUTERI - RM 12.00

Rasailah kelainan Sabun Muka daripada 3 kombinasi herba yang terbaik untuk muka anda. Sesuai untuk semua jenis kulit. Menghilangkan jerawat dalam masa 3 hari. Penggunaan yang berterusan akan menghasilkan kulit yang sentiasa lembab, subur, tegang dan halus.
Rasailah satu penemuan istimewa dan pertama kalinya di hasilkan di Malaysia, bar herba pelembab wajah di formulasi dengan gabungan ekstrak seaweed algae, tea tree dan sirih. Tidak dinafikan lagi khasiatnya dalam penjagaan diri, kesihatan dan penjagaan wajah. Ini merupakan gabungan yang terbaik pernah ada untuk satu produk yang berkualiti seperti Seri Puteri Facial Moisturizer ini.
Ketahui khasiat herba-herba yang digunakan:-
1. Seaweed Algae, rumpai laut terpilih yang dihasilakan di lautan sekitar kepulauan jepun dari keluarga Ascophyllum Nodosum ini mengandungi begitu banyak vitamin, komponen aktif dan mineral berkualiti selain bersifat multicelluar. Kandungan ini membantu melembutkan kulit yang kering dan kasar seterusnya membuang sel-sel kulit yang telah mati menjadikan kulit bertambah subur, lembut, halus dan sihat.

2. Tea Tree (Melaleuca Alternifolia Sp) hanya boleh diperoleh di Australia ini dipilih kerana sifat antibakteria, antifungus dan antiseptik yang sangat tinggi nilainya berbanding yang lain. Peranannya untuk kulit, menyembuh luka dan parut kecil serta membasmi kuman.

3. Sirih (Piper Betel Sp.) diakui mengandungi komponen aktif antioksidant dan astigen yang sangat tinggi nilainya. Kandungan antioksidant polyphenol di dalamnya membantu menghalang tindakan radikal bebas oleh pancaran uv yang boleh memusnahkan struktur kimia kulit.

(Boleh didapati juga di Al Birru Enterprise)

WARISAN PUTERI - RM 19.00

Ramai wanita menyukai produk ini..
  • Pekat dan menjimatkan sehingga boleh digunakan berbulan lamanya (2-4 bulan) bergantung pada penggunaan..
  • Bau wangian yang segar
  • Banyak buih dan cool selepas digunakan
  • Terasa bersih, segar dan rasa sungguh selesa!
  • Khasiat daun sirih telah digunakan oleh wanita zaman dahulu dengan cara merebus daunnya untuk basuhan, kini telah dipermudahkan dan memang best!!
Sejak sekian lama, sireh dijadikan pembersih mahkota wanita kerana percaya salah satu cara untuk menaikkan seri wajah ialah dengan menggunakan daun sirih. Kini cara yang lebih mudah sireh telah diekstrakkan sesuai dengan cara hidup masa kini.
Khusus untuk..
  • Kegunaan harian untuk membersih.
  • Membersih dan menyegarkan dikala period.
  • Pasangan baru berkahwin dan yang telah berumahtangga.
  • Wanita bersalin yang telah baik dari luka.
Boleh juga digunakan untuk..1001 kegunaan..
  • Membersih luka biasa-mungkin pedih sedikit sebab ia berangin (cool).
  • Shave-utk lelaki, sebab ia berbuih.
  • Syampoo-..sejuk je kepala selepas digunakan!
Cucian untuk membersih, merawat, memelihara dan menyegarkan mahkota wanita. Ia bertindak menstabilkan PH wanita. Diformulasi secara tradisional berasaskan astrigen ekstrak herba sirih dan diadun dengan manjakani, pati sari bunga dan antiseptik untuk menghalang keputihan, bau bakteria, fungus disamping menguatkan otot dan memperbaiki perjalanan perdaran darah. Memberi tempoh kesegaran yang panjang, keyakinan dan menyerlahkan keanggunan seorang wanita. Ia lebih pekat dengan haruman bunga segar formula asli dan ternyata memberi kesan hebat yang selama ini menjadi rahsia penjagaan kecantikan puteri di zaman silam agar lelaki lebih menghargai wanita.
Kelebihan Warisan Puteri (feminine hygine)
  • Menghalang keputihan
  • Menghalang bau bakteria dan fungus
  • Menguatkan otot
  • Memperbaiki perjalanan perdaran darah
  • Memberi kesegaran yang panjang
  • Memberi rasa keyakinan
  • Menyerlahkan keanggunan seorang wanita
Cara Penggunaan
  • Gunakan 2 hingga 3 titik sahaja dan dicampurkan sedikit air.
  • Untuk kesan yang lebih baik, biarkan selama 10 saat sebelum dibilas dengan air bersih.
Keistimewaan kenapa anda mesti memiliki?
  • Harum pati sari bunga, terasa segar dan dingin selepas mencuci,
  • Pekat, jimat untuk nilai wang anda.
  • Manjakani, menguatkan kembali otot dan keyakinan serta keanggunan wanita.
  • Ekstrak sireh, memperbaiki perjalanan darah & menjadi..
  • Rahsia penjagaan kecantikan puteri di zaman silam.

(Produk ini juga boleh didapati di Al Birru Enterprise)

GEL SIREH (SHAPE & CONTOUR) - RM 35.00

Formula istimewa gel peramping herba sirih yang secara tradisional membantu tubuh membakar lemak dan selulit, melancarkan peredaran darah, mengecut tisu untuk membentuk tubuh kembali langsing, menyingkirkan lemak melalui tindakbalas metabolic lipid secara perkumuhan, melembut, melicin dan memulihkan struktur kulit, menghilangkan tanda garis kegemukan.
Kenapa Gel Pelangsing?
  • Membantu tubuh membakar lelemak dan selulit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengecut tisu untuk membentuk tubuh kembali langsing
  • Melembut
  • Melicin dan memulihkan struktur kulit
  • Menghilangkan tanda garis kegemukan
  • Menyingkirkan lemak melalui tindakbalas metabolic lipid secara perkumuhan
  • Tidak melekit, terus meresap ke dalam kulit.
Kesan tindakbalas:
Pemakaian yang sempurna akan memberi kesan hangat sehingga 12 jam.
Cara penggunaan:
Usapkan secara arah lawan jam pada tempat yang berlemak.
Untuk kesan yang lebih baik guna bersama bengkung dan senaman.
  • Sapu 2 kali sehari.
  • Sila gunakan alas tangan sebelum sapu.
  • Basuh tangan selepas sapuan kerana panas tetap terasa walaupun sudah dibasuh dengan air.

(Jika penduduk sekitar Rembau ingin mendapatkannya, bolehlah membelinya di Al Birru Enterprise)