Tuesday 29 May 2012

MAKLUMAN (KEDAI TUTUP)

Assalamualaikum..makluman buat semua...kedai akan ditutup pada tarikh berikut : 1, 2, 3, dan 4 Jun 2012...Segala kesulitan amat dikesali....sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Rohaiyah melalui facebook Al Birru..tq


Sunday 25 March 2012

NIKMATI KHASIAT BIJAN

Bijan atau nama saintifiknya sesamun indicum memiliki nilai khasiat yang tinggi. Ðikenali juga dengan nama sesame(Inggeris), pokok bijan merupakan herba tahunan yang banyak tumbuh di Asia, terutamanya di Myanmar, China dan India. Bijan juga dikenali sebagai ‘lenga’ (disebut ‘lenge’ dengan ‘e’ pepet).

Bijan tergolong dalam keluarga pedaliaceae dan ia juga merupakan tanaman komersial utama di Nigeria, Sudan dan Ethiopia. Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Ia juga merupakan sejenis tumbuhan bermusim yang tumbuh menegak. Pokoknya tumbuh menegak setinggi satu meter dan bunganya kecil berbentuk loceng, berbau harum dan berwarna merah jambu atau ungu muda. Ðaun pokoknya bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daunnya bergerigi, warnanya hijau dan berbulu halus.

Buah pula jenis kapsul. Biji buah berwarna putih kekuningan, coklat atau hitam. Biji yang telah kering mempunyai rasa seperti kacang. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Apabila kulit biji terkelupas, ia berwarna kuning air. Jika tidak terkelupas, biji bijan hitam kurang digunakan dan keharumannya lebih pekat daripada biji bijan putih.

Sesame seed kernels, toasted (decorticated)
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
2,372 kJ (567 kcal)
26.04 g
- Sugars
0.48 g
16.9 g
48.00 g
16.96 g
0.371 g
0.704 g
0.730 g
- Leucine
1.299 g
- Lysine
0.544 g
0.560 g
- Cystine
0.342 g
0.899 g
0.710 g
- Valine
0.947 g
2.515 g
0.499 g
- Alanine
0.886 g
1.574 g
3.782 g
- Glycine
1.162 g
- Proline
0.774 g
- Serine
0.925 g
5.00 g
0.0 mg (0%)
131 mg (13%)
7.78 mg (60%)
346 mg (97%)
774 mg (111%)
406 mg (9%)
39 mg (3%)
Percentages are relative to US recommendationsfor adults.
Source: USDA Nutrient database

Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kepada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, mangan, fosforus, protein, vitamin A, vitamin E, vitamin B1, serat, asid phytic dan mengandungi 55% minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin. Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolesterol kepada manusia dn untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.

Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakan oksidatif. Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6 dan asid lemak mono tidak tepu yang berupaya mencegah pembentukan selaput pada arteri dan menganjalkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.


Baik untuk kesihatan rambut

Bijan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara dalam perubatan tradisional ialah ia boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masalah rambut kering dan uban.

Mantapkan payudara

Bijan amat kaya dengan arginine. Oleh itu biji bijan membantu menghalang pembentukan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki sistem imun. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.

Biji bijan juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita. Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.

Penjulap

Biji minyak bijan turut mempunyai kesan laksatif atau penjulap. Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan mampu menghapuskan cacing ini dan mengeluarkannya daripada usus.

Membantu pencernaan

Kebaikan-kebaikan lain biji bijan untuk kesihatan ialah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf. Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegeterian, biji bijan yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.

Lain-lain kegunaan

Bijan juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Minyak ini juga banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam penghasilan sabun. Herba ini juga dikatakan memiliki ciri-ciri antireumatik dan antikanser. Apabila biji bijan telah diekstrak menjadi minyak, ia boleh digunakan untuk merawat jangkitan gusi. Minyak ini juga mampu digunakan untuk merawat periodontitis atau penyakit pada gusi. Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam, terutamanya selepas menggosok gigi. Gusi perlu digosok dengan perlahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.

Minyak biji bijan boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar akibat terdedah pada matahari. Jika anda menyapu minyak bijan pada kulit sebelum berenang di dalam air berklorin di dalam kolam renang, ia mampu melindungi kulit daripada kesan klorin dalam air kolam renang.

Minyak biji bijan juga berupaya mengurangkan kesan yang disebabkan oleh terapi radiasi dan meneutralkan radikal bebas oksigen selain mampu menghalang pertumbuhan malignan melanoma. Jika disapu pada kulit berkedut, minyak ini boleh mengurangkan kedutan di wajah.

Minyak biji bijan juga mampu menambahkan perisa kepada masakan, terutamanya dalam hidangan gorengan seperti bihun goreng, mee goreng, koayteow goreng dan juga sedap bila dicampurkan ke dalam bubur nasi.

Bagi mereka yang mengalami masalah tumit kaki merekah, sapukan minyak biji bijan pada tumit selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur. Ðalam pada itu, daun pokok bijan yang kaya dengan bahan bermusilaj jika dicampurkan dengan herba lain dan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan kolera.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat bijan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Monday 12 March 2012

KEDAI TUTUP ( 14 MAC 2012 )


Harap maklum kepada semua pelanggan. Pada 14 Mac 2012 kedai akan ditutup. Segala kesulitan amat dikesalai. Harap maaf. 

Sunday 5 February 2012

RAWATAN DALAM PANTANG

HARI PERTAMA


Gamat bagus untuk penyembuhan luka


Di dalamnya terdapat kurma yang amat bagus bagi ibu yang menyusukan bayi
Boleh membuatkan ibu-ibu tidak stress

SELEPAS 21 HARI

1 biji setiap pagi

KEGUNAAN LUAR


Untuk disapu pada luka
Selamat untuk ruam-ruam bayi

Sebagai Param
Disapu di perut
Buang angin

GEL SIREH (PANAS)
Disapu di perut atau ditapak kaki ibu sebelum memakai stokin

WARISAN PUTRI (IBU)
Feminin wash dengan khasiat ekstrak sireh

SABUN SRI PUTRI

Untuk cuci muka

Sunday 22 January 2012

RX LITE


RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.
RXLite mengandungi Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Fructose Oligisaccharides (Gula Kompleks), Serat DND dan Koko Semulajadi.

Garcinia Cambogia bertindak sebagai penghalang rasa lapar semula jadi serta L-Carnitine membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. Formula khas DND Fiber pula membantu anda merasa kenyang selepas pengambilan RxLite.
RXLite berkhasiat dalam:-
  1. Membantu membakar lemak
  2. Diperkaya dengan vitamin dan mineral
  3. Rasa koko yang lazat
  4. Mengandungi anti-oksida

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu.
Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.