Friday, 18 March 2011

GAMAT BOOSTEGEN - RM 88.00

 
1.Ekstrak Gamat
Dari gamat emas (Stichopus Hermani) mengandungi banyak khasiat nutrisi semulajadi termasuk protein laut,asid lemak,anti-oksida dan mineral.Kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan menunjukkan ekstrak gamat emas mengandungi agen menyembuh luka dan mampu meredakan kesakitan.Gamat juga telah digunakan sebagai rawatan untuk menyembuhkan luka,merawat masalah pernafasan,sakit sendi,pedih ulu hati,ulser dan mengecutkan rahim selepas bersalin.

2.Spirulina

Mengandugi khasiat gabungan nutrien semulajadi seperti protein,asid amino,zat besi,magnesium,mineral,vitamin B12 dan B-kompleks serta lain-lain vitamin yang penting untuk kesihatan spirulina juga merupakan bahan anti-oksida yang membantu sistem penghadaman serta membersih dan menyah toksin dalam badan.Ia merupakan makanan beralkali yang membantu mengimbangi kandungan alkali dalam badan serta menigkatkan ketahanan badan terhadap penyakit

3.L-Arginin

Adalah protein asid amino yang mampu merangsang penghasilan hormon untuk pertumbuhan yang diperlukan untuk fungsi badan yang normal serta membantu proses penyembuhan.Ia juga dikatakan dapat membantu mengyingkirkan toksik ammonia dari dalam badan dan dipercayai membantu mengatasi masalah kesuburan pada lelaki.

4.Chlorella

Merupakan alga air tawar yang mengandungi protein yang tinggi,kandungan klorofil yang tinggi,beta karotina,asid amino dan asid lemak yang penting untuk tubuh,vitamin dan mineral.Sebagai makanan tambahan yang membekalkan tenaga,dan selalu digunakan untuk meningkatkan ketahanan badan,membantu mengimbangi kandungan bakteria di dalam usus,menurunkan kadar kolestrol dalam badan ,mengurangkan tekanan,asma dan sembelit.Penyilidik di Jepun mempercayai chlorella mengandungi anti-tumor yang membantu menyingkirkan partikal radioaktif dalam badan selepas rawatan radiasi.

5.Fish Oil Emulsion

Mengandungi lemak tidak tepu yang tinggi (asid lemak omega 3) iaitu suplemen yang terkenal dalam membantu peredaran darah ke hati dan otak.Ia dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung,asid omega 3 juga dikatakan dapat membantu merendahkan tekanan darah dan menjadikan dinding arteri lebih fleksibel.

No comments:

Post a Comment